Saman Sivil

Saman Sivil

https://www.thevocket.com/tuntut-hutang-melalui-peguam/



tindakan Kebankrapan, Garnishee, Writ Penyitaan dan Jualan, Saman Penghutang Penghakiman, Penggulungan Syarikat.


https://haniszulkapli.blogspot.com/2017/12/cara-paksa-bayar-hutang-secara-undang.html

  • Jika penghutang enggan megikut perintah atau penghakimah mahkamah?
  • Menurut Aturan 93 Kaedah 16 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012:-
  • Mahkamah boleh memberi notis tunjuk sebab kepada penghutang dalam borang 208.
  • Selepas itu mahkamah mempunyai 3 pilihan atas keengganan penghutang tersebut.
  • Pertama, mahkamah boleh memerintahkan writ penyitaan dan penjualan dikeluarkan dalam borang 84.
  • Ini bermakna barang-barang milik penghutang akan dirampas lalu dijual untuk menampung hutang yang belum dibayar. atau
  • Kedua, mahkamah boleh membenarkan penghutang membayar secara ansuran, atau
  • Ketiga, memerintahkan penghutang dimasukkan kedalam penjara.


https://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=658459
1.kalau amaun jumlah terhutang kurang dari rm5,000, failkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil

2.kalau amaun jumlah terhutang kurang dari rm100,000, failkan tuntutan di Mahkamah Majistret

3.kalau amaun jumlah terhutang lebih dari rm100,001, failkan tuntutan di Mahkamah Sesyen

4.kalau amaun jumlah terhutang lebih dari rm250,000, failkan tuntutan di Mahkamah Tingg 


 peguam yg handle kes sivil saman utk tuntutan hutang 


http://peguam.blogspot.com/2012/05/waran-tangkap-apa-faedahnya.html 

kes mal atau kes sivil, sesuatu kes dapat dijalankan meskipun tanpa kehadiran pihak yang dituntut atau didakwa.

Sesetengah kes seperti kes saman penghutang penghakiman atau permohonan komital,  kehadiran defendan akan memainkan peranan penting sebelum sesuatu keputusan akan dibuat oleh hakim. Maka, dalam keadaan ini adalah wajar plaintif atau pemohon memohon suatu waran tangkap dikeluarkan ke atas defendan atau responden.



http://www.utusan.com.my/rencana/utama/taktik-licik-pengutip-hutang-1.544416

 

Pertama sekali, institusi kewangan perlu dapatkan penghakiman mahkamah. Contohnya ada hutang RM25,000 yang tidak dibayar, maka mahkamah akan keluar perintah untuk bayar jumlah itu. Peguam akan sampaikan penghakiman ini kepada penghutang yang diberikan tempoh 14 hari untuk membayarnya.



Apabila seseorang itu berhutang, pihak penuntut seperti bank atau institusi kewangan ada masa enam tahun sahaja untuk buat apa-apa tuntutan sivil melalui proses mahkamah, bermula dari tarikh hutang tidak dibayar. Selepas tempoh enam tahun itu, mereka tidak boleh lagi tuntut melalui mahkamah dan dikira sebagai hutang lapuk yang dikawal bawah Akta Perbatasan.

Memandangkan ada banyak hutang tak dibayar menyebabkan institusi kewangan menggunakan khidmat agensi pengutip hutang yang dibayar komisen mengikut jumlah hutang berjaya dikutip. Bilangan agensi ini semakin bercambah tetapi masalahnya adalah kaedah digunakan khususnya untuk menakutkan, mengugut dan menipu menggunakan ‘bahasa perundangan’.

Orang ramai ditakut-takutkan agensi pengutip hutang ini dengan proses undang-undang yang sebenarnya tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mereka selepas tempoh enam tahun tersebut, khususnya prosedur sita dan diisytihar muflis.

Jadi, proses penyitaan dan isytihar muflis mengikut prosedur mahkamah?

 Pertama sekali, institusi kewangan perlu dapatkan penghakiman mahkamah. Contohnya ada hutang RM25,000 yang tidak dibayar, maka mahkamah akan keluar perintah untuk bayar jumlah itu. Peguam akan sampaikan penghakiman ini kepada penghutang yang diberikan tempoh 14 hari untuk membayarnya.

Jika gagal, pihak penuntut perlu pergi semula ke mahkamah untuk tindakan kedua iaitu dapatkan writ penyitaan dan penjualan. Ini satu penghakiman atau perintah baharu dari mahkamah yang membenarkan bailif mahkamah, bukannya peguam atau pihak lain, laksanakan proses penyitaan.

Bailif perlu hadir ke premis orang berhutang mengikut notis rasmi memaklumkan satu tarikh khusus untuk memulakan proses menyita. Peguam hanya boleh mengiringi bailif dan proses ini bukannya dengan pecah masuk rumah penghutang. Bailif akan membuat penilaian barang yang boleh disita.

Hanya barang di ruang tamu dan dapur boleh disita, kecuali peti ais, malah bilik tidur juga tidak boleh masuk langsung. Barang yang disita akan dilelong pada tarikh berbeza.

Katakan lelongan barang disita mengutip RM5,000, maka baki RM20,000 boleh diusahakan melalui kaedah lain pula.


Kerajaan juga telah meminda Akta Kebankrapan 1967 dengan meningkatkan kadar hutang dari RM30,000 kepada RM50,000 untuk membolehkan seseorang diisytihar muflis. Maka, orang ramai perlu berhati-hati jika ada panggilan telefon dari agensi pengutip hutang ini kerana mahkamah, polis, Pejabat Peguam Negara mahupun Bank Negara tidak pernah dan tidak akan menghubungi anda melalui telefon. Sebarang urusan rasmi mesti melalui dokumen dan surat rasmi.


https://peguamsyariefas.com.my/saman-penghutang-penghakiman-satu-permohonan-yang-dapat-membantu-pihak-teraniaya/


Perintah telah dikeluarkan namun Penghutang Penghakiman masih gagal untuk membuat pembayaran

Pemiutang Penghakiman hendaklah meminta Penghutang Penghakiman untuk hadir sekali lagi ke Mahkamah melalui satu notis penghakiman bagi menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana keingkaran terhadap perintah yang dikeluarkan tersebut. Permohonan untuk mendapat notis penghakiman hendaklah difailkan di Mahkamah dan Mahkamah yang menerima permohonan tersebut hendaklah mengeluarkan suatu notis penghakiman dan diserahkan kepada Penghutang Penghakiman sebelum tujuh hari daripada tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran kes tersebut.

Pada tarikh kes tersebut didengar, Mahkamah hendaklah meminta Penghutang Penghakiman memberikan alasan bagi menjawab tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dikomitkan ke penjara kerana gagal mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan iaitu Perintah Saman Penghutang Penghakiman.

Jika Mahkamah tidak berpuashati dengan alasan Penghutang Penghakiman tersebut, Mahkamah boleh memerintahkan Penghutang Penghakiman tersebut dikomitkan ke penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari jika Mahkamah memikirkannya adil untuk memberi pengajaran seseorang untuk lebih bertanggungjawab serta mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah.


http://roy-nadzri.blogspot.com/2008/11/k-uatkuasa-perintah-nafkah-komitan-dan.html

e) Jika Penghutang Penghakiman telah menjelaskan hutang penghakiman

Apabila penghutang penghakiman telah ditahan dipenjara, tetapi kemudiannya telah berubah fikiran dan menjelaskan hutang penghakiman seperti yang diperintahkan, Pemiutang Penghakiman (debtor) hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu perakuan penunaian yang ditandatangani oleh Pemiutang Penghakiman melalui Borang MS 47 (perakuan penunaian). Jika Pemiutang Penghakiman tidak berbuat demikian atau ingkar, penghutang penghakiman boleh membuat permohonan kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh melepaskannya dengan mengeluarkan borang MS 48 dan boleh mengarahkan pemiutang penghakiman menanggung kos permohonan tersebut.


“183. Jika suatu perintah pengkomitan dibuat di bawah seksyen 181, penghutang penghakiman boleh, pada bilabila masa, membayar amaun yang dinyatakan dalam perintah itu sama ada kepada bailif atau, jika penghutang penghakiman berada di dalam penjara, kepada pegawai penjara dan mendapatkan pelepasannya.


https://tunabdulhamid.me/2000/08/penguatkuasaan-dan-pelaksanaan-perintah-di-mahkamah-sivil/

Saman Penghutang Penghakiman

Prosedur ini cuma untuk penghakiman pembayaran wang. Tujuannya untuk mengarahkan penghutang hadir untuk diperiksa mengenai keupayaannya membayar hutang penghakiman. Mahkamah akan menetapkan kadar ansuran dan tarikh ia bermula.

Kalau dia gagal membayar seperti yang diperintah, bagi setiap ansuran, pemiutang penghakiman boleh memohon dan mendapatkan Notis Penghakiman. Di peringkat ini dia dikehendaki menunjuk sebab mengapa dia tidak patut dipenjarakan kerana mengingkari perintah itu. Mahkamah boleh memenjarakannya atau memberi peluang kepadanya untuk membayar hutang itu. Kos pemenjaraan dibayar oleh pemiutang penghakiman.


 Prosedur Kebangkrapan (Muflis)

Prosedur ini diperuntukan dalam Akta dan Kaedah yang khusus, iaitu Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969. Prosedurnya agak rumit. Tidaklah perlu dibincang dengan terperinci. Memadailah dikatakan tindakan itu adalah terhadap individu dan hutangnya tidak kurang daripada RM10,000. Jika perintah dibuat haknya sebagai individu di sisi undang-undang, misalnya untuk memulakan tindakan undang-undang (tindakan sivil) atau membela tindakan (sivil) terhadapnya hilang. Hak itu dan hak ke atas asetnya terletak kepada Pegawai Pemegang Harta yang akan menjadi Pegawai Penerima. Malah dia juga akan hilang kelayakan menjadi pengarah syarikat, ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri dan lain-lain. Semua pemiutangnya akan membuat tuntutan masing-masing kepada Pegawai Penerima. Pegawai Penerima akan menguruskan pembayaran kesemua hutang si bankrap itu daripada asetnya.

Penggulungan Syarikat

Ini juga satu prosedur yang diperuntukkan dalam undang-undang yang khusus iaitu, akta Syarikat 1965 dan Kaedah-Kaedah (Penggulungan) Syarikat 1972. Ringkasnya ia adalah seperti kebankrapan, tetapi ia terhadap syarikat.


Permohonan komital Jabatan Insolvensi Malaysia terhadap seorang individu yang diisytiharkan bankrap didakwa mengingkari perintah mahkamah


http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bankrap-alasan-langgar-perintah-1.561740


seseorang penghutang tidak mampu membayar hutang-hutang kepada pemiutang, antara tindakan selalu diambil adalah membankrapkan penghutang tersebut mengikut cara dan kaedah yang termaktub di bawah Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360].


Akibat hukuman bankrap tersebut, segala aset dan hutang penghutang akan diserahkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi yang mana antara lain bertanggungjawab untuk membayar hutang-hutang pemiutang mengikut konsep sama rata.

Mengikut tatacara kebankrapan, Ketua Pengarah Insolvensi sewajarnya menjelaskan pembayaran hutang-hutang bercagar terlebih dahulu sebelum hutang-hutang lain.


https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/judgement-debtor-summons-jds










 Judgement Debtor

Pihak yang kalah dan perlu membuat pembayaran dipanggil Judgement Debtor. Ini menunjukkan pihak itu berhutang dengan pihak yang menang dan perlu menjelaskan hutang itu.

Pihak yang menang pula dipanggil Judgement Creditor dan penghakiman oleh mahkamah membolehkannya menuntut sejumlah wang ditetapkan dari Judgement Debtor.

Judgement Debtor Summons (JDS)

Oleh itu, pihak yang menang akan memfailkan satu saman kepada Judgement Debtor dan ini dipanggil sebagai Judgement Debtor Summons atau sering dipanggil dengan nama singkat JDS.

Jika pihak yang berhutang tidak hadir, maka mahkamah akan mengeluarkan satu WARAN TANGKAP bagi memastikan beliau hadir di mahkamah.


Order of Court

Oleh kerana perintah pembayaran dibuat menerusi mahkamah (Order of Court), maka kegagalan mengikuti terma-terma pembayaran yang dinyatakan oleh Order of Court akan menyebabkan satu notis (Judgement Notice) dikeluarkan dan penghutang hendaklah memberi alasan yang munasabah mengapa beliau gagal mematuhi terma pembayaran.

Jika gagal, beliau boleh dijatuhkan HUKUMAN PENJARA.


http://www.hslim.com.my/ms-my/faq/questions_about_debt_recovery

1. Apa itu penuntutan hutang?
Penuntutan hutang adalah satu proses untuk mendapatkan kembali hutang yang tertunggak oleh individu ataupun syarikat.

2.Adakah terdapat had masa yang ditetapkan bagi menuntut sesuatu hutang?
Had masa yang ditetapkan bagi menuntut sesuatu hutang ialah selama 6 tahun bermula dari tarikh hutang tersebut sepatutnya dibayar.
Sekiranya terdapat Penghakiman yang telah direkodkan terhadap penghutang, had masa untuk menuntut jumlah terhutang tersebut ialah 12 tahun dari tarikh Penghakiman direkodkan. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan memulakan proses penuntutan hutang dalam tempoh 6 tahun dari tarikh Penghakiman kerana kebenaran Mahkamah diperlukan sekiranya lebih daripada 6 tahun.


4. Adakah perlu untuk melakukan carian latarbelakang terhadap penghutang?
Anda dinasihatkan untuk melakukan carian kad pengenalan/ carian syarikat/ carian kebankrapan/ dan carian penggulungan syarikat ke atas penghutang sebelum meneruskan tindakan.
Carian tersebut akan menentukan adakah berbaloi untuk anda memulakan proses penuntutan terhadap penghutang.


Apakah prosedur perundangan dalam menuntut hutang?

a) Surat Tuntutan - 14 hari kepada penghutang
b) tindakan saman - saman akan difailkan di Mahkamah.-tiada kehadiran dimasukkan oleh penghutang /defendan, Penghakiman Ingkar Kehadiran akan dimasukkan terhadap penghutang; Proses ini mengambil masa kurang daripada 3 bulan.s tersebut rumit, klien harus bersedia untuk meneruskan dengan bicara penuh; Proses ini mengambil masa 6 bulan atau lebih. Penghakiman boleh direkodkan terhadap jumlah yang terhutang, disamping faedah (sehingga 6 tahun) dan kos kepeguaman.
c) Perlaksanaan
indakan perlaksanaan untuk menuntut jumlah terhutang (sekiranya jumlah terhutang tidak dibayar walaupun saman telah dikeluarkan terhadap penghutang). Terdapat beberapa kaedah perlaksanaan yang boleh dipilih iaitu: Saman Penghutang Penghakiman, Writ Penyitaan dan Penjualan, Proseding orang yang Digarnis, Tindakan Kebankrapan dan Tindakan Penggulungan (Syarikat).


http://ladyinredplanner.blogspot.com/2018/01/cara-tuntut-hutang-di-mahkamah.html


PELAKSANAAN PENGHAKIMAN ATAU PERINTAH

Apa tindakan yang akan diambil jika Defendan tidak mematuhi Penghakiman yang direkodkan? Jika suatu Penghakiman atau Perintah Mahkamah telah diserahkan kepada Defendan dengan sempurna tetapi Defendan buat tak peduli seterusnya gagal untuk membuat bayaran, maka Plaintif boleh menfailkan notis tunjuk sebab (Borang 208) dan sampaikan satu salinan kepada Defendan (Penghutang Penghakiman).

ARAHAN MAHKAMAH
Seterusnya Mahkamah boleh mengeluarkan arahan berikut:

(a) sita dan jual barang-barang Defendan untuk dapatkan semula jumlah wang yang terhutang,
(b) beri peluang kepada Defendan untuk bayar hutang Plaintif secara ansuran, atau
(c) penghutang penghakiman (Defendan) dimasukkan penjara.

Defendan boleh pilih mana-mana satu dari (a) hingga (c) di atas.. Itulah akibat orang yang tak mahu bayar hutang.. Semoga kita dijauhkan dari perkara begini.




Akhir kata Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya dijelaskan." - Hadith riwayat Bukhari adn At-Tirmizi


http://www.rancangwang.com/5-perkara-yang-nabi-muhammad-beritahu-tentang-hutang/ 


http://hudahuds.blogspot.com/2010/07/celik-undang-undang.html

Terdapat 2 jenis bankrap :-

1) bankrap sendiri - individu tersebut yang memohon untuk Mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai bankrap apabila tidak lagi mampu menjelaskan hutang.

2)Dibankrapkan - yang mana pemiutang ( Judgment creditor) yang membuat permohonan ke Mahkamah melalui Petisyen Pemiutang untuk membankrapkan penghutang (Judgment Debtor) apabila penghutang gagal untuk melunaskan hutang

a)surat tuntutan
b)Saman dan Pernyataan Tuntuan
c)Mahkamah Tinggi untuk mengambil tindakan kebankrapan iaitu melalui notis Permintaan untuk mengeluarkan Notis kebankrapan
d)Notis Kebankrapan ini hayatnya adalah 6 bulan.sekranya masih tiada lag bayaran yang dilakukan, maka tindakan seterusnya ialah peguam meneruskan dengan Petisyen Pemiutang.permohonan untuk membankrapkan
e)Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman iaitu dihukum bankrap direkodkan


http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=1615&Itemid=332

Mengenepikan Penghakiman Ingkar






http://loyarkita.blogspot.com/2014/02/apa-itu-judgment-in-default-jid.html

Mengenepikan Penghakiman Ingkar ini, anda hanya perlu melampirkan Cadangan Pernyataan Pembelaan yang merangkumi alasan-alasan bagi membidas dakwaan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap anda. Melalui Cadangan Pernyataan Pembelaan tersebut, Mahkamah akan meneliti sama ada anda mempunyai alasan yang kukuh bagi membidas dakwaan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap anda. Sekiranya Mahkamah berpuas hati, maka JID itu boleh diketepikan.



http://peguamkita.blogspot.com/2009/01/


https://bakalpeguam.blogspot.com/2017/07/terma-mahkamah-sivil-yang-anda-perlu.html



http://peguam.blogspot.com/2016/12/memilih-peguam-anda.html

kes saman sivil tuntutan hutang

imulakan dengan saman dan pernyataan tuntutan