Perjalanan Kes Tipu Tanah Sungai Merab

Perjalanan Kes Tipu Tanah Sungai Merab

Berhati-hati membeli tanah ramai orang yang sanggup buat apa sahaja untuk menipu demi kesenangan dunia sementara....menyesal kemudian tidak berguna lagi.....beringatlah, tempoh masa 4 tahun pun belum tentu selesai kes kalau dah terjerat....penyelesaian melalui undang-undang, mahkamah peguam sahaja dah makan masa hampir 2 tahun sebab prosedur yang panjang dengan penipu tegar.

susah sungguh nak beramal dengan bersangka baik...nampak gaya dunia sekarang kena bersangka buruk dulu bab duit nih dan jangan mudah percaya..muka je nampak baik..dalam hati Allah je tau niat menipu....

Bagi pembeli tanah...jangan kongsi peguam dengan penjual untuk jaga kepentingan anda....jangan excited sangat berjimat dengan kongsi peguam kerana anda berisiko untuk ditipu oleh penjual dan peguam penjual yang tidak jujur... Lantiklah peguam anda sendiri yang berdaftar dengan Bar Council untuk melindungi anda sebagai satu usaha dengan Izin Allah dari penipu-penipu tanah.... kos peguam ini tak delah mahal mana pun berbanding dengan kos saman sivil setelah anda tertipu dan kos peguam tuntutan bankrap, jika berjaya bankrapkan penipu. lebih baik berkongsi rezeki dengan peguam-peguam kita yang jujur dari ditipu oleh Penipu.

  • 2016 - Beli tanah 
  • Jun 2016  bayar kali pertama RM1,000.00
  • Jun 2016 - bayar kali kedua RM3,000.00
  • Jun 2016 -  bayar kali ketiga RM3,000.00
  • Tandatangan S&P 18 bulan ...memang menipu proses tukar nama sampai 18 bulan..sepatutnya dah dapat full payment.terus pindah milik..sebaliknya syarikat penipu main taktik batalkan pindah milik sehari selepas tempoh 18 bulan berakhir,
  • Jun 2016 -  bayar kali keempat RM2,100.00
  • Sept 2016 -   bayar kali kelima RM71,900.00
    Jumlah keseluruhan RM81,000.00 
  • 2017
  • April 2017 - tanya agent status tanah
  • April - Agent kata tunggu 18 bulan ikut perjanjian- status final stage MPSP. Kerja infra tanah dihentikan
  • April 2017 - Pertanyaan status tanah kepada agent 
  • Sept 2017 - Pertanyaan status tanah kepada agent - Agent maklum dah dapat status kediaman.
  • 2018
  • Mac 2018  - Prtanyaan status tanah kepada agent untuk serahan tanah 18 Mei 2018.
  • Mac 2018 - Agent maklum akan stat kerja semula.tanah tiada masalah..tanah dah penuh dengan lalang.janji siap dalam masa 6 bulan.
  • April 2018 - Notis Pembatalan lot sungai merab oleh tertuduh option terima duit atau tanah lain..bila semak tanah lain rupanya tanah gaung.
  • April 2018 - Sign setuju terima duit dalam masa 21 hari
  • Mei 2018 -  Janji untuk sign serah cek
  • Mei 2018 - Sign kali kedua terima duit 
  • Ogos 2018 - Notis Lanjutan tangguh bayar
  • Ogos 2018 - Laporan Polis
  • Ogos 2018 - hubungi tertuduh remind bayaran
  • Ogos 2018 - tertuduh sign untuk janji bayar
  • Ogos 2018 - Rundingan Lantikan Peguam untuk saman Sivil
  • Sept 2018  - Lantikan Peguam
  • Sept 2018 - Pembayaran kali pertama kos letter of demand
  • Sept 2018 - Pembayaran kali kedua kos tindakan saman selepas 14 hari 
  • Sept 2018 - Pembayaran kali ketiga Pemfailan penghakiman 
  • Okt 2018 - Penghakiman
  • Okt 2018 - Lantikan peguam oleh yang tertuduh 
  • Okt 2018 - Pemfailan penghakiman
  • Okt 2018 - Proposal pembayaran peguam tertuduh
  • Nov 2018 - Proposal pembayaran kali kedua peguam tertuduh
  • Nov 2018 - Fail tindakan kebankrapan
  • Nov - Cubaan rundingan oleh tertuduh
  •  Dis 2018 - Rundingan dengan tertuduh
  • 2019
  • Jan 2019 - Sign Petition kebanrapan
  • Feb 2019 - Deposit Petisyen Penghutang (Creditor Petition Deposit) RM2000
  • April 2019 -  Perbicaraan kes kali ke 2 - bicara dalam kamar pendaftar
  • Mei 2019 - Perbicaraan kali ke-3 - Declare Bankrap
  •  Jun 2019 - Cubaan ketepikan perintah bankrap- Ya Allah memang manusia ini kalau dah hati gelap sanggup buat apa sahaja...apa salahnya bayar je hutang tu cara baik..kenapa nak susahkan orang....
  • kes masih berlangsung
  • Disember 2019 Mesyuarat Pertama Pemiutang-Pemiutang.

        

2022

  • Dis 2022 - 30 tuntutan RM3 juta
  • Belum selesai


Mesyuarat Pertama Pemiutang-Pemiutang.

lebih baik lantik peguam untuk membuat tuntutan hutang anda kerana membayar kepakarannya..kosnya Insha Allah diberi kemampuan oleh Allah

ahli mesyuarat dinasihatkan datang setengah jam awal sebelum mesyuarat tujuan daftar nama di kaunter.. peguam anda buat pendaftaran,jika ada peguam,

tunggu pengumuman panggilan mesyuarat dari pegawai incharge
Mesyuarat santai siap bawa anak..memang luar jangkaan layanan pada orang yang bankrap kat tempat kita ...ingatkan mesyuarat serius yang menakutkan..lain pulak jadinya ....tak payah lah bersusah payah tengok you tube mat salleh dengan bayangan mesyuarat serius menakutkan ala2 mahkahmah....mesyuarat santai-santai di bilik mesyuarat biasa  dan dipengerusikan pegawai inchange yang diberi kuasa mentadbir....Hanya Allah sebagai Penolong...semoga golongan teraniaya mendapat haknya.

Tindakan pemiutang/ peguam pemiutang
- surat rasmi kepada pihak berkuasa dengan bukti mengenai aset harta penipu yang bernilai tinggi, boleh dirampas dan dilelong sebelum mesyuarat adalah lebih baik. contoh kalau tanah perlu sertakan sekali salinan geran dan hasil carian/ cabutan pejabat tanah
- fail kan bukti hutang kepada pihak berkuasa. pastikan patuh pada deadline ditetapkan
- bawa bersama segala bukti2 yang ada
- bersedia dengan cadangan cara selesai hutang
- bersedia dengan maklumat mengenai aset penghutang...

Perjalanan Mesyuarat (1 jam setengah)
- pengerusi membacakan sebab penghutang bankrap dengan nama pemiutang yang memyebabkan penghutang bankrap.
- Disebut nama pemiutang/penuntut hutang satu persatu dengan jumlah hutang dari range 50-180ribu dan bank dengan hutang bercagar lain seperti kereta.
- Pengerusi membaca bayaran ansuran oleh penghutang dan  aset penghutang yang telah diistiharkan.
- cadangan bayaran oleh penghutang
- Perbincangan kaedah bayaran oleh pemiutang

isi mesyuarat cadangan cara bayar hutang

  • cara 1 - rampas tanah dan lelong tanah terlibat dalam penipuan - tugas pihak berkuasa
  • cara 2 - rundingan jual tanah terlibat kepada pembeli berminat.- tugas penghutang - optional, jika ada caranya...tapi tak payah lah nak bergantung harap sgt pada orang yang memang kali belit penipu..kalau berjaya buat dan diberi hidayah Alhamdullillah....tapi prepare for the worst.
cara 1 dan 2 berjalan serentak, tertakluk pada mana yang lebih cepat dan mudah penyelesaiannya. 
keputusan mesyuarat
- peguam pemiutang hantar surat rasmi maklum mengenai aset-aset penghutang yang boleh dirampas. jika tanah sertakan salinan geran. optional bagi mempercepatkan kes...pihak berkuasa sepatutnya tahu tugas sendiri.


berdoalah mohon pertolongan kepada Allah dengan Janji Allah yang semestinya Benar terhadap makbulnya doa golongan teraniaya dan balasan azab yang pedih kepada orang yang menganiaya sekiranya tidak bertaubat kepadaNya,




Tanah lot Status Kediaman Nama Masuk Geran Sg Merab Bangi
Mencari Tanah Lot di Hulu Langat
TANAH LOT KEDIAMAN MAMPU MILIK
Tanah Lot Kediaman Mampu Milik Strategi Hulu Langat, Sungai Merab, Kuang
Mencari Funder untuk Pembangunan Projek Hartanah
Tanah lot sg.merab bersebelahan desa makmur
penipuan penjualan tanah
melakukan penipuan jual tanah lot. 
Saman Sivil
PPIM
Pihak Polis
penipuan penjualan rumah harga murah
Percuma :
Kos peguam
Kos juru ukur berlesen
Infra jalan tar


dalang melakukan penipuan
penjualan tanah seperti dibongkarkan PPIM

PPIM dan pihak polis

tidak jual tanah orang
pihak ketiga tapi saya jual tanah atas nama saya sendiri


penjualan tanah lot di beberapa daerah antaranya Hulu Langat, Sungai Buloh
dan Kajang 


TANAH LOT SUNGAI MERAB FASA 5 ,BANGI

TANAH LOT SUNGAI MERAB BANGI FOR SALE

-GERAN KONGSI
-CASH BUYER ONLY



penipuan penjualan rumah harga murah yang kecoh sejak kebelakangan
ini memasuki episod baharu



PEGANGAN : FREEHOLD (SELAMA-LAMANYA)

terus tukar nama isi borang pinda milik Borang 14 A. (Seksyen 215, 217, 218). PINDAHMILIK TANAH,

PANDUAN MENGISI BORANG PINDAH MILIK (14A) 
 


Tanah Untuk Dijual
Tanah Lot
Tanah Lot Banglo
Lot tanah untuk dijual putrajaya
Lot tanah untuk dijual di selangor
Lot tanah murah selangor
KL/Selangor/Putrajaya: Tanah Untuk Dijual - Majalah
Putrajaya: Tanah Untuk Dijual - Majalah

 Tanah Lot Murah Seluruh Selangor  

KLINIK DESA SG.MERAB LUAR

Tanah untuk dijual selangor

Tanah Lot Untuk Di Jual

Tanah Lot Banglo Murah Sungai Merab, Bangi, Selangor

Tanah Lot untuk Dijual

Land For Sale | Tanah Untuk Dijual

Tanah Lot Banglo Untuk Dijual di Sg Merab, Bangi

Nilai Harta | Tanah lot bunglow Sg Merab

TANAH LOT GERAN INDIVIDU SG. MERAB UNTUK DIJUAL

TANAH LOT UNTUK DIJUAL

Tanah lot untuk dijual

Tanah Lot Banglo

LOT TANAH BUNGLO UNTUK DIJUAL

http://ceritahartatanah.blogspot.com/2018/06/proses-pecah-tanah-lot-geran-individu.html 

Risiko Membeli Lot Lidi
Proses Pecah Tanah Lot Geran Individu

Risiko Membeli Lot Lidi

3% agent booking
21 hari apply loan
bank bayar penjual